Khamis, 8 Mei 2014

Tempat Makan Best Di Kuantan - Part 13



Assalammualaikum wbt...

Ini adalah entry sambungan dari link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/05/tempat-makan-best-di-kuantan-part-12.html

Sekali lagi maaf, jika entry ini seperti melepas batuk ditangga juga.. hehehehe


38) Kotak Kalam  , Jalan Teluk Sisek Kuantan (berhadapan Hotel Vistana, Kuantan)

Actually i pergi ke sini untuk lunch dalam pukul 1 lebih.. rupa-rupanya pada waktu ini hanya desert sahaja yang disediakan untuk masakan western ia hanya disediakan pada pukul 4pm dan keatas... so i terpaksalah makan kek sahaja.. iaitu kek oreo mousse sahaja... actually kawan i bagitahu dekat sini... selain keknya sedap meatball disini pun ok.. dan masakan western disini especially spaghetti olio dan meatball harganya kira murahlah. .dalam anggaran tidak sampai rm10... so di Kuantan harga ini dikira murah ok.. hehehehe


pic ini i kebas dari fb kotak kalam ye...- pandangan hadapan cafe ini



pandangan hadapan kotak kalam

Dibawah ini adalah pemandangan didalam cafe ini....



















oleh kerana menu western hanya disediakan selepas pukul 4pm, so i terpaksa order orea mousse sahaja.. rasa oreo mousse ini macam ice cream.. sedap ye...

Dibawah ini pula antara menu yang ditawarkan disini




Bagi i harga masakan disini berpatutan. .tapi rasa masakan lain. .i tidak boleh komen ye... nanti jika ada masa i datang makan sini.. i akan masukkan pic dan komen tentang rasa masakan disini.. heheh



So, dibawah ini adalah pic i menikmati oreo mousse...




ini pula pic yang i ambik dari facebook kotak kalam.. ini link nya... https://www.facebook.com/kotakkalamcafe/photos_stream

i terpaksa ambik pic didalam facebook ini kerana i masih tidak berkesempatan untuk ke sini lagi... hehehehe

meat ball

antara cake yang dijual disini


pic deretan kek


olio spaghetti
***Dibawah ini adalah gambar yang baru diambil oleh saya ketika datang ke restoran ini bulan April  2015 baru-baru ini. To be honest, makanan disini memang i boleh bagi 5 star dan pembantu restoran dan tukang masak direstoran amat ramah tamah ketika saya datang kesini baru-baru ini.

pemandangan kotak kalam ini


snowwy cheese dan manggo lassi disini memang sedap dan terbaik


sempat lagi saya berselfie
saya memang sukakan hiasan dalaman restoran ini

spaghetti olio lamb ni memang sedap

sempat berposing

hiasan oldschol yang menarik

cantikkan art dibelakang saya

spaghetti creamy prawn ini pun sedap, pendek kata semua makanan disini memang sedap



ok, so apalagi,, jika anda di Kuantan. .jangan lupa singgah ye.. tempat ini cukup sesuai untuk birthday celebration.. meeting dan sebagainya. Dan paling penting makanan disini sungguh sedap, banyak pilihan dan murah. Saya sendiri ketika mengemaskini entry ini, pun terliur untuk menikmati makanan disini lagi.

Ini adalah artikel terbaru saya mengenai Kotak Kalam Minum Petang Cum Hi Tea di KOTAK KALAM, KUANTAN

39) Restoral Al-Edrus , Kuantan star city 11, berhadapan dengan pasaraya nirwana Jalan Beserah

Ini adalah antara restoran masakan arab famous di Kuantan...restoran ini juga terdapat cawangan di Terengganu dan Wangsa Maju...

Bagi i masakan di restoran ini ok. .sedap.. terutama rotinya yang dibuat sendiri.. pilihan untuk cicahan roti juga banyak... dan i suka odda meat (lamb) nya.. harga restoran ini bagi i murah jika ikut standard bandar Kuantan.. hehehe... dan pelayan di restoran ini pun ramah tamah orangnya.... disini juga disediakan pakej menu untuk pelajar lagi dari serendah rm10 sahaja..juga pakej menu untuk keluarga. so sila datang makan disini ye....



pandangan hadapan restoran ini

Dibawah ini pula antara menu yang dijual disini....










menu khas untuk pelajar serendah rm10 sahaja

kami sampai direstoran ini hampir pukul 3pm.. so menu lamb disini sudah kehabisan... dan baru sahaja dimasak baru.. dan ia mengambil masa yang lama untuk kami tunggu..so kami hanya order masakan nasi berasaskan ayam sahaja.. tetapi mujur lauk untuk roti.. ada yang lamb.... coz i memang bernasib baik... heheheheh...

sementara menunggu menu sampai.. anak saudara i berjalan-jalan didalam restoran dahulu h..heheheh


jus oren dan jus carrot disini best ye....

i tak ingat apa menu pilihan my mum.. jika tidak silap menu ini ialah Maqlubah dan nasi ini disi rempah

ini chicken mandy..RM14. ayam mandy ini sedap ye.. anak saudara i suka sangat


sup ini dimakan dengan nasi.. sebelah sup ini pula oqda meat RM8 jika chicken tetapi lamb rm12 , i pilih lamb. .dan serius bagi i masakan ini memang sedap dimakan dengan roti...




Mulawawah Bread rm4 - roti ini besar ye.. so leh syer 2-3org ye.. dan dibuat sendiri


Mulawah bread dan odda meat adalah gandingan yang mantap- please try menu ini



kusyuk menikmati makanan

coz i peminat roti arab. esoknya sekali lagi i datang makan disini bersama my frenz


coz picture di atas banyak xcomplete... so i ambik sekali lagi untuk entry ini... yang sebelah odda meat itu ialah kuah kari yang dimakan dengan malawwah bread

arabic cofee rasa banyak ketumbar dan herba sangat

kuah kari dia pekat.. sedap sangat... tapi rasa xsama macam kari mamak ye.. kari arab.. hehehe


Restoral Al-Edrus ini tidak mengenakan sebarang service charge.. so jimat banyak ye.. heheheh

Baiklah sekian sahaja untuk entri ini.. terima kasih kerana membaca entri ini. .salam sayang dari
saya.. luv! muahhhhzz!!!



*** ini adalah link sambungan entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/06/tempat-makan-best-di-kuantan-part-14.html


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...