Khamis, 20 Ogos 2015

MASA UNTUK BUAT DUIT DENGAN BLOG : AKAUN POPADS DILULUSKAN


untuk paparan lebih jelas , sila klik imej

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah pagi ini saya menerima email dari PopAds bahawa blog saya diterima untuk paparan iklan berbayar didalam matawang USD. Syukur ke hadrat illahi.

dashboard Akaun PopAds - untuk paparan imej lebih besar dan jelas sila klik imej.


Proses kelulusan untuk menjadi publisher bagi PopAds hanyalah mengambil masa satu hari sahaja. Ketika pertama kali memohon saya telah tersilap mengisi kolum kategori. Saya mengisi sekali lagi permohonan dan meletakkan dalam kategori blog yang sesuai. Alhamdulillah tidak sampai 2 hari dari tarikh mula-mula permohonan, akaun PopAds saya diluluskan.

Hari ini saya berjaya menjadi salah seorang blogger yang menggunakan POPADS untuk MENJANA WANG DARI BLOG. Selepas Nuffnang, Exabytes dan Adsense, PopAds adalah medium pengiklanan ke empat yang menjana pendapatan pasif bagi blogger seperti saya.

NUFFNANG dan EXABYTES membayar saya dalam matawang RINGGIT MALAYSIA. ADSENSE dan POPADS pula membayar dalam matawang USD. Ketika penurunan matawang RINGGIT MALAYSIA, menjadi salah seorang blogger ADSENSE dan POPADS adalah satu bonus yang tidak ternilai, lebih-lebih lagi ramai blogger yang mengidamkan peluang ini tetapi masih belum berhasil.

MEDIUM PENGIKLANAN MELALUI BLOG adalah cara paling mudah untuk MENJANA PENDAPATAN PASIF walaupun ketika anda tidur , bercuti atau sedang stress memikirkan kehidupan. Ia adalah fakta.

Doakan saya blog saya terus didatangi dan dibaca oleh seluruh pengunjung diseluruh dunia. Dengan berita baik lagi indah dipagi hari ini, sekaligus ia menambahkan lagi semangat saya untuk terus menulis blog. Anda juga boleh mencuba memohon akaun PopAds ini dengan mengklik sahaja iklan PopAds dipaparan atas blog saya ini dan jana wang dalam matawang USD sekarang. Bagi anda yang masih tidak punyai blog. Sila mula menulis dari sekarang. Semoga kita sama-sama berjaya dalam bidang blogging ini. Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...