Sabtu, 31 Disember 2016

Bagaimana 'feed' @ 'bagi makan' Sourdough Starter


Bahan-bahan diperlukan untuk feed Sourdough 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda telah mendapat Sourdough starter atau berjaya membuat Sourdough starter hasilan sendiri,  masa untuk belajar 'feed' Sourdough untuk mengandakan jumlah kuantiti yis liar ini untuk di masukkan ke dalam resipi anda.

Artikel ini akan menerangkan cara-cara meng 'feed'  atau mengaktifkan Sourdough starter anda. 

Kebiasaannya anda hanya perlu bahan-bahan ini untuk feed Sourdough starter anda:-

A. Bahan-bahan

1 cawan tepung unbleached 

1 @ 3/4 cawan air filter (bukan RO)  atau
Air mineral

Sudu stainless steel bukan besi untuk digunakan

**untuk anda yang baru belajar di nasihatkan gunakan nisbah 1:1
* 1 cawan tepung : 1 cawan air

Cara-caranya:-

Anda boleh mencampurkan terus ke dalam botol Starter anda kedua-dua bahan tersebut kacau sebati cukup likat dan pekat. 

Biarkan Sourdough starter ini selama 3-6 jam untuk naik sendiri menjadi 2 kali ganda dari berat asal (bahagian asal).

**kebiasaannya saya hanya memerlukan 3 jam sahaja masa untuk Sourdough starter saya aktif dan menjadi 2 kali ganda. 


Pastikan kepekatan bancuhan okay dan mampu naik
Anda boleh tandakan bahagian asal dengan getah.

Gambar di atas saya menandakan menggunakan getah hijau.

Cuci sekeliling botol anda untuk menampakkan botol anda 'clean' @ bersih supaya mudah untuk anda melihat dengan jelas jumlah kenaikan Sourdough starter anda. 


B. Tempoh dan suhu

Tempoh 6 jam ke atas atau kurang adalah berdasarkan suhu sekeliling. 

Jika suhu agak sejuk lebih lama masa diperlukan. 

Suhu panas lebih singkat masa diperlukan.


C.  Sourdough starter untuk diberikan kepada kenalan

Jika anda sekadar ingin feed Sourdough starter untuk diberi kepada kenalan atau keluarga anda,  tukarkan sahaja jumlah tepung kepada 2 sudu dan sesuai kan ia dengan jumlah air. 

Kemudian seperti biasa,  tunggu sahaja Sourdough starter anda mula menaik dan berubah menjadi 2 kali ganda berat. 

D.  Cara rehatkan Sourdough starter jika tidak digunakan.

Andai Sourdough starter anda terlalu aktif. 

Anda boleh rehat atau sejukkan ia sebentar di dalam peti ais. 

Jika anda mahu menggunakan Sourdough starter anda sila keluarkan kembali Sourdough starter anda ini. 

E.  Penggunaan Sourdough  Aktif dan tidak aktif

Untuk memudahkan tahap pemahaman anda, sila fahami info dibawah:-

1. Resipi menggunakan yis anda perlukan Sourdough yang aktif.  Contoh resipi roti, donut, pau dan lainlah.

2. Resipi tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok anda boleh terus menggunakan Sourdough starter dari peti ais (tidak aktif).

F.  Info lain mengenai masakan

Anda hanya perlu menambahkan sesudu atau 2 sudu Sourdough starter ke dalam resipi adunan anda berdasarkan firasat anda sendiri.  Saya hanya menambahkan sesudu atau 2 sudu sahaja Sourdough starter di dalam bancuhan adunan chapati saya.

**saya menggunakan 1 sudu Sourdough Starter untuk secawan tepung.

Adunan chapati saya dibiarkan selama 3 jam untuk Sourdough starter itu menguraikan gluten di dalam adunan.

Jika anda ingin membuat roti atau menu menggunakan yis, anda perlu aktif kan Sourdough starter 3-6 jam kurang atau lebih.

Setelah selesai bancuhan resipi anda dikehendaki membiarkan adunan anda menjadi 2 kali ganda dan pastikan adunan itu telah naik gebu kerana fungsi Sourdough ialah menggantikan yis komersial.  Ini terpulang kepada masa adunan anda naik menjadi 2 kali ganda (6-9jam bergantung pada suhu dan nasib).  

Perhatian :-  Pastikan anda tidak memasukkan garam secara terus di dalam Sourdough starter anda.  Ini mungkin membunuh Sourdough itu sendiri (risiko Sourdough mati dan tidak lagi boleh digunakan).  Jauhi menggunakan air REVERSE osmosis yang di tambah garam Pink untuk menggantikan air mineral atau air berlapis. 

Semoga info ini membantu anda.

Terima kasih.

** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya.

Mengenal pasti Sourdough starter Aktif dan Tidak Aktif




2 ulasan:

  1. Kak qish, kalau nak masukkan garam mcm mana caranya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk ketika U nak buat. jika nak buat capati, masuk time adunan nak buat cepati tu je.

      Padam