Rabu, 20 Februari 2013

Pendinding Sihir : Ikhtiar Penyembuhan Penyakit tulisan Tuan Guru Dato ' Dr Haron Din

Baru sahaja saya ingin menyambung menaip draft Sihir 2, selepas tajuk sebelum ini iaitu SIHIR CINTA, tiba-tiba pagi ini ketika saya dalam perjalanan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA)  , Kuantan saya di hujani dengan banyak SMS dari ramai kawan-kawan saya yang menghantarnya menggunakan whatapp @ viber (bagi yang tidak tahu ini mesej handphone mengunakan internet)  memberitahu bahawa pelakon drama terkenal "Nur Kasih" Fizz Fairuz memberitahu wartawan dia terkena sihir & Almy Nadia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau merasakan Fizz Fairuz di sihir. wallahuallam..saya tidak berani memberikan sebarang komen.. kerana itu semua hal mereka dengan Allah. Sesungguhnya, berdosa besar menfitnah orang membuat sihir, .. & sesungguhnya syirik besar & dosa yang amat besar bagi pengamal sihir kerana mereka menyekutukan Allah & neraka jahanam baginya untuk selama-lamanya.. jadi bagi pengamal ilmu sihir & mereka yang selalu berjumpa bomoh untuk menyihir bertaubatlah sebelum terlambat...

Hari ini saya ingin memperkenalkan buku yang telah 2 tahun saya amalkan, ia di perkenalkan oleh kawan karib saya Norly iaitu buku tulisan pemilik Darul Syifa yang cukup terkenal iaitu buku tulisan Tuan Guru Dato ' Dr Haron Din ,  Pengasas & Penasihat Darussyifa'  ,harganya RM15 sahaja dan banyak di jual di kedai-kedai buku , juga kedai makanan sunnah.

kulit muka buku hadapan



Antara kandungan buku ini Surah Yassin, Salam Sulaiman, Doa Sulaiman, Doa Pendekat Jodoh (saya pun sudah mula mengamalnya) , Doa Gout, Doa memberhentikan anak menangis, Doa Pengasih & Doa Penunduk dan banyak lagi.

antara kandungan ayat-ayat pengubatan & doa-doa dalam buku ini

antara ayat-ayat pengubatan &  ayat pendinding sihir yang terdapat dalam buku ini

termasuk  doa barah & batu karang

termasuk doa-doa di atas

juga terdapa Bismillah Tujuh (Bismillah pedinding yang amat kuat jika diamalkan) dalam buku ini (Sesiapa yang ingin mengamalkan Bismillah Tujuh , haruslah Menghafal Bismillah Lima terlebih dahulu , bagi mengelakkan  jika pengamal BISMILLAH TUJUH melalui tempat orang membuat  pau @ roti @ tapai yang menggunakan yis, pau @ roti yang di buat tidak menjadi, bagi tidak menyusahkan orang lain, sila amalkan)

Bismillah Lima adalah Bismillah yang amat digalak untuk diamalkan, amat bagus untuk diamalkan sebelum keluar rumah, makan dan membuat kerja lain termasuk ingin memandu kereta, kerana boleh mengelakkan apa-apa malapetaka @ bencana serta pendinding sihir. Jika diamalkan sebelum keluar rumah & di tiup di pintu rumah, pencuri yang masuk ke rumah tidak boleh keluar @ tidak jumpa pintu rumah.  Bagi warga kota, bagus amalkan untuk "penjaga rumah" terutama orang bujang.

Didalam hadis ada disebutkan sesiapa yang mengamalkan membaca Ayat Surah Al-Baqarah ayat 1-5 dgn ayat 255  (ayat kursi ) serta 2 ayat terakhir iaitu ayat Surah Al-Baqarah Ayat 285 & 286, selepas solat subuh ,akan terlindung dari terkena sihir sehingga petang.

malah andainya istiqamah diamalkan, jika ada sesiapa yang menghantar sihir @ berniat jahat, ada seorang ustaz memberitahu saya, terdapat kes sihir  yang di hantar "terbalik" iaitu tertuju kembali kepada penghantar sihir, kerana kebesaran kuasa ayat  terakhir Surah Al-Baqarah ini iaitu Ayat Al-Baqarah 285 & 286 .

Digalakkan mengamal semua ayat-ayat diatas terutama ayat Al-Baqarah 285 & 28 kerana amat besar mukjizat ayat ini
Selain Doa untuk pelindung , pendinding & Penunduk Sihir didalam buku ini juga disertakan cara bacaan Yaasin untuk Rawatan orang yang sedang koma & kaifiat bacaanYaasin (7 Mubin) untuk mengembalikan barang yang hilang.

Disini saya amat menggalakkan agar anda membeli buku ini & amalkan @ simpan sebuah di rumah. Jika kita mampu membeli novel dan majalah-majalah fesyen, hiasan rumah , apa salahnya jika kita membeli buku yang amat penting di akhir zaman ini. Di antara tanda akhir zaman adalah berleluasanya sihir & wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan atau sihir, kerana kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliah. Buku ini juga amat nipis dan sesuai di bawa ketika dalam perjalanan @ travel.. sekian, terima kasih. Jumpa anda dalam tajuk seterusnya..  Salam penuh Kasih Sayang dari saya.


*** tajuk ini ditulis menggunakan kata-kata yang mudah di fahami atas permintaan ramai (maaf saya terpaksa meng"edit" entry ini ye) yang meminati tajuk ini.. Terima kasih kerana sudi membaca & mengikuti blog saya... serta memberikan komen yang membina... 

10 ulasan:

  1. Saya cuba memahami tulisan anda. Agak sukar dengan ejaan yang sama sekali saya tidak faham. Malang sekali mesej yang anda cuba sampaikan tidak sampai sepenuhnya pada saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam.. Maaf tanpa nama, baru hari ini sy tahu cara reply komen dlm blog... Sy dh edit ye entry ini.. Tqvm

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. As salam Tanpa Nama, saya telah menaip kembali tajuk ini, kepada ayat yang lebih mudah di fahami.. terima kasih atas teguran.

    BalasPadam
  4. Salam, mohon untuk jelaskan kaitan tapai yg tak jadi dangan ayat bismillah 7. Mohon untuk berikan satu fakta yg konkrit dan relevan. Bkn sekadar Copy paste. Takut jadi salah faham dan rosak akidah.

    BalasPadam
  5. tuan tanpa nama : encik boleh rujuk buku yang saya baca diatas dan keratannya. .terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam,

    Bonda saya mengalami sakit sesemut.. Rentetan daripada beberapa sakit sendi yang beliau alami baru-baru ini. Sakit sendi tu dah ok..tapi muncul sakit sesemut.

    Jadi, dengan izin Allah, jumpa seorang ustaz ni. Dia minta supaya amalkan Bismilah lima. Tapi sayangnya ibu saya terlupa bacaan sebenar.

    Alhamdulillah jumpa di blog ni.
    Harap pemilik blog ini halalkan saya kongsi ayat-ayat syifa' yang ada di sini.

    Terima kasih. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Baru hari ini saya perasan cara sebenar membalas komen. Komen balas ada di bawah. Terima kasih.

      Padam
  7. Waalaikummussalam.. Alhamdulillah bonda saudara sembuh.. Dont worry, sgl ilmu di dlm blog ini utk pkongsian smua.. Sglnya dr Allah jua.

    BalasPadam