Selasa, 20 Ogos 2013

KHASIAT JAMBU BATU




Buah yang dikatakan paling banyak khasiat dan mineral.. jambu batu


Mungkin kerana bosan makan buah import.. so my taste sekarang more kepada buah-buahan tempatan.. lebih-lebih lagi.. bagi saya buah-buahan tempatan kurang racun dan bahan pengawet untuk baginya tahan lama... (selalu baca yang buah-buahan import disapu bahan kimia untuk tahan berbulan-bulan termasuklah limau mandarin)... 

So, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda khasiat buah jambu batu... terima kasih kepada google atas imej diatas dan segala info-info dibawah... selamat membaca ..

Khasiat Jambu Batu :-

1. Jika anda menghadapi masalah kolesterol, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol anda.. try makan satu setengah biji jambu batu setiap hari. .insyaaalah ia boleh membantu mengurangkan kolesterol.

2. Jambu batu juga kaya dengan vitamin C, malah kandungan vitamin C dalam jambu batu lebih tinggi dari dalam buah oren (3 hingga 3 kali ganda lebih tinggi dari buah oren, 10-30 kali ganda dari buah pisang dan 10 kali ganda dari buah betik).. so untuk kecantikan kulit dan anti oksida.. makanlah jambu batu .

3. Khasiat jambu batu akan lebih dirasai jika anda memakan dengan kulit-kulitnya sekali.. (so, jika rajin, sila tanam sendiri).

 4.  Jambu batu juga dikatakan boleh menurunkan berat badan. .caranya ialah dengan mencampurkan jus jambu batu (dikisar sendiri) dengan sedikit cuka epal.

5.  Jambu batu  tinggi dengan kandungan kalsium dan zat besi, membaiki keadaan cirit birit dan mengurangkan kesakitan, antri free radicals , mengurangkan kekejangan , meningkatkan fungsi jantung dan turut mengurangkan paras gula dalam darah badan, mampu menaikkan sel darah putih dan merah, dan meningkatkan metabolisme badan.


6. Khasiat jambu batu tidak akan diperolehi jika dimakan dalam jumlah yang kurang dari sepatutnya iaitu satu biji setengah dan mesti diamalkan selama 4 minggu.

7. Tiada bukti saintifik mengatakan bahawa buah jambu batu "angin dan tajam serta mendatangkan  angin didalam tubuh"...


So, lepas ini boleh rajin-rajin makan buah jambu batu. .kerana buah ini cukup mudah diperolehi. .malah anda akan kerap berjumpa mereka yang menjual buah potong dan jus jambu batu ditepi-tepi jalan atau dimana sahaja. Salam sayang dari saya, terima kasih kerana membaca entry ini.. luv......


**** Actually ramai bidan dan orang tua berpendapat jambu batu tidak sesuai untuk mereka yang sudah beranak atau baru habis pantang kerana mengembangkan rahim... so bagi anda yang rasa anda tergolong dari golongan ini yang makan jambu boleh efek rahim kembang , sila kurangkan memakan buah ini.. .tqvm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan