Jumaat, 11 Disember 2015

JAMU SELEPAS PERIOD





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang tersayang.

Kaum melayu terkenal dengan jamu untuk kaum wanita dan kaum lelaki.

Jamu yang terkenal sebagai antara bahan untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan serta awet muda ini di amalkan beribu tahun dahulu oleh nenek moyang kita.

Tetapi di zaman ini sukar untuk mendapatkan jamu asli dan tanpa steroid serta selamat untuk di makan.

Mujurlah terdapat banyak perkongsian di media sosial bagaimana cara membuat jamu yang mudah untuk anda dan golongan muda untuk amalkan.

Di bawah ini adalah antara ramuan perkongsian jamu dari FACEBOOK pemilik asal yang saya tidak ketahui, tetapi seperti biasa saya tetap mengolah mengikut kefahaman saya segala keterangan mengenai jamu ini , khasiat serta penyediaannya.

Jamu ini adalah JAMU KHAS UNTUK GADIS ATAU WANITA SELEPAS HAID ATAU PERIOD.

Bahan-bahan 

1. Halia (sebesar ibu jari)
2. Kunyit (sebesar ibu jari)
3. Serai (2 batang)
4. daun pandan (2 helai)
5. Gula perang atau madu (secukup rasa)
6. Air mineral atau bertapis (3 cawan)

Tambahan bahan mengikut keperluan

** Daun Sireh (2 helai) jika menghadapi masalah keputihan

*** Manjakani (1 biji) untuk mereka yang telah berkahwin

Cara penyediaan

1. Rebus semua bahan-bahan.  (Bahan-bahan tadi boleh di potong atau di hiris mengikut citarasa)

2. Pastikan dari 3 cawan air yang di masak tadi menjadi 1 cawan air rebusan sahaja.

3. Setelah air suam anda boleh minum air rebusan ini.

4. Ramuan sebenar anda tidak perlu kisar bahan-bahan tadi dengan air tetapi itu terpulang kepada anda jika rajin, anda boleh kisar bahan-bahan yang telah di rebus tadi kemudian di tapis untuk di minum.


Khasiat JAMU SELEPAS HAID ATAU PERIOD UNTUK WANITA DAN GADIS INI antaranya ialah :-

1. Membantu membersihkan rahim
2. Membantu mengeluarkan angin dalam tubuh
3. Mengurangkan risiko kanser, insyaallah
4. membantu memecahkan lemak.
5. Turut membantu mengurangkan bau badan
6. Membantu masalah kemaluan berbau

PERHATIAN

1. Pastikan anda minum jamu ini betul-betul selepas haid atau period anda betul-betul kering.
2. Minuman ini tidak sesuai untuk wanita yang mengandung atau hamil.
3. Amalkan minuman ini sebulan sekali.
4. Saya lebih mengesyorkan minuman ini di minum selepas 2-3 hari haid atau period anda telah kering.


Selamat mencuba.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan